Monday 5 October 2009

SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI...

KEPADA SESIAPA YANG INGIN KONGSI IDEA BOLEH LAH SUMBANGKAN IDEA ANDA, KAMI AMAT MENGHARGAINYA...

Sunday 2 November 2008

Cintai Sungai Kita

Unik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dengan membersihkan Sungai Mesek, Manik Urai. Objektif aktiviti ialah untuk menanam sikap cintai sungai kita dikalangan pelajar disamping melaksanakan tugasan khidmat masyarakat PSK.
Taklimat
Bersiap sedia
Memang Rajin
Jadi sasaran

Makanlah pula.

Thursday 30 October 2008

Ceramah Kesihatan


Ceramah Kesihatan bertajuk Bahaya Merokok dan HIV Aids oleh Unit Pendidikan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kuala Krai, ceramah di sampaikan oleh Encik Mohd Amirullah dan Tuan Zulaina. Ceramah tersebut di adakan di Bilik Wawasan SMK Manek Urai, Kuala Krai dimana kumpulan sasaran pelajar-pelajar tingkatan 3 seramai 50 orang pelajar.

Wednesday 22 October 2008

Kursus Peningkatan Profesionalisme

28/06/2008 (Sabtu) Kursus Peningkatan Profesionalisme telah diadakan di SMK Manek Urai dengan kekuatan anggota seramai 51 orang ...

Taklimat Masuk Data LPD

22/10/2008 , PPD Kuala Krai satu taklimat yang dihadiri oleh Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) semua sekolah menengah dan rendah PPD Kuala Krai bagi melengkapkan data yang berkaitan dengan kursus yang dijalankan oleh pihak sekolah dan perlu dimasukkan dalam data yang disediakkan oleh Unit ICT JPN Negeri Kelantan. Encik Zulkifli selaku penyelaras LDP Daerah Kuala Krai meminta supaya semua setiausaha yang hadir supaya memainkan peranan bagi memastikan perjalanan kursus yang sepatutnya dihadiri oleh setiap guru 7 hari dalam setahun. Perancangan perlu dijalankan dalam jawatankuasa LDP peringkat sekolah. Puan Zuriah Muhamad dari Unit ICT JPN mendedahkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan setiausaha perlu mengambil tindakan sewajarnya. Segala maklumat berkaitan dengan LDP atau lain boleh diperolehi dengan melayari http://akademik2u.blogspot.com/. Satu perjumpaan akan diadakan pada 11-13 November 2008 di Demong bagi tujuan kemasukan data tersebut.