Wednesday 22 October 2008

Taklimat Masuk Data LPD

22/10/2008 , PPD Kuala Krai satu taklimat yang dihadiri oleh Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) semua sekolah menengah dan rendah PPD Kuala Krai bagi melengkapkan data yang berkaitan dengan kursus yang dijalankan oleh pihak sekolah dan perlu dimasukkan dalam data yang disediakkan oleh Unit ICT JPN Negeri Kelantan. Encik Zulkifli selaku penyelaras LDP Daerah Kuala Krai meminta supaya semua setiausaha yang hadir supaya memainkan peranan bagi memastikan perjalanan kursus yang sepatutnya dihadiri oleh setiap guru 7 hari dalam setahun. Perancangan perlu dijalankan dalam jawatankuasa LDP peringkat sekolah. Puan Zuriah Muhamad dari Unit ICT JPN mendedahkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan setiausaha perlu mengambil tindakan sewajarnya. Segala maklumat berkaitan dengan LDP atau lain boleh diperolehi dengan melayari http://akademik2u.blogspot.com/. Satu perjumpaan akan diadakan pada 11-13 November 2008 di Demong bagi tujuan kemasukan data tersebut.

0 comments: